Lawatan Ke Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC)

Lawatan Ke Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC)
YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah melawat Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) bersama #TeamMOF. PIC merupakan projek hiliran terbesar PETRONAS dengan objektif mengeluarkan produk petrokimia premium.

Selain dari meningkatkan pengeluaran sumber petrokimia negara, PIC juga telah banyak menghasilkan peluang pekerjaan dan pembangunan buat Rakyat Johor, terutamanya mereka yang di Pengerang dan daerah berdekatan, selain dari menyumbang kepada kebajikan komuniti setempat seperti komuniti Orang Asli Seletar.