Mesyuarat Kewangan Negara 2021

Mesyuarat Kewangan Negara 2021

YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia telah mempengerusikan Majlis Kewangan Negara, suatu mesyuarat tahunan penting untuk membincangkan hal-hal berkaitan kewangan negeri-negeri. ⠀ ⠀

Mesyuarat yang dianjurkan oleh Kementerian Kewangan selaku Sekretariat ini yang diketuai oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia dan juga dihadiri oleh YBhg. Dato’ Asri Hamidon, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YAB Menteri-Menteri Besar dan YAB Ketua-Ketua Menteri dari semua negeri.

Pada tahun ini, Kementerian Kewangan telah mengumumkan empat penambahbaikan dari segi sokongan kewangan kepada Kerajaan Negeri, termasuk peningkatan Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP) kepada semua Kerajaan Negeri daripada RM350 juta kepada RM400 juta.