Misi Prihatin #TeamMOF di Pahang Darul Makmur – Benta, Raub, Temerloh & Maran

Misi Prihatin #TeamMOF di Pahang Darul Makmur – Benta, Raub, Temerloh & Maran

YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan dan #TeamMOF telah ke Pahang untuk melawat beberapa kawasan yang dilanda bencana banjir bagi menyampaikan sumbangan. Turut serta dalam misi ini adalah YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, Exco-exco serta wakil-wakil Kerajaan Negeri. Antara lokasi yang di lawati adalah di sekitar Benta, Raub, Temerloh, dan Maran.

Melihat keadaan mangsa dan kediaman mereka, memang tidak dinafi mereka amat memerlukan bantuan yang segera. Kerajaan amat prihatin dengan perkara ini, dan oleh sebab itu, di bawah Pakej Bantuan PERMAI Kerajaan juga telah menambah peruntukan RM200 juta untuk NADMA bagi membaik pulih rumah serta infrastruktur kecil yang terkesan oleh bencana banjir.

Di samping itu, RM50 juta juga telah disalurkan kepada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara bagi perbelanjaan operasi bencana semasa tempoh Monsun Timur Laut. 

Kerajaan sentiasa peka dan akan terus meneliti dari masa ke semasa keperluan bantuan Kerajaan demi kelangsungan hidup Rakyat, perniagaan dan ekonomi.