Misi Prihatin #TeamMOF di Pahang Darul Makmur – Paya Besar

Misi Prihatin #TeamMOF di Pahang Darul Makmur – Paya Besar
YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan dan #TeamMOF meneruskan Misi Prihatin di Pahang Darul Makmur bagi hari kedua bersama YB Tuan Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II, di sekitar kawasan Paya Besar. Turut bersama adalah wakil Kerajaan Negeri dan Sukarelawan Pahang.
Semasa sesi ini, beliau telah berjumpa dengan beberapa mangsa banjir yang paling terkesan untuk memberikan sumbangan dan peralatan rumah bagi serba sedikit meringankan beban mereka. Beliau juga diberitahu bahawa Ahli-ahli Sukarelawan Pahang, Pihak Berkuasa Tempatan dan NGO-NGO kini giat melakukan gotong royong di kawasan terkesan. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu. Semoga kerjasama dan usaha semua akan diberkati ilahi.