Misi Prihatin #TeamMOF di Pahang Darul Makmur – Tanjung Pulai, Pekan

Misi Prihatin #TeamMOF di Pahang Darul Makmur – Tanjung Pulai, Pekan

YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan dan #TeamMOF meneruskan Misi Prihatin di Pahang Darul Makmur bagi hari kedua ke Tanjung Pulai, Pekan, Pahang untuk melawat dan memberi sumbangan kepada mangsa banjir di kawasan tersebut. Menurut penduduk, walaupun arus banjir tidak sederas kawasan-kawasan lain, namun rumah mereka dinaiki air sekitar 1 meter dan menyebabkan barangan elektrik dan barangan dapur musnah dan rosak.

Oleh yang demikian beliau dan #TeamMOF telah menyampaikan sedikit sumbangan barangan seperti kipas, tilam, dan pengisar, serta barangan keperluan asas seperti beras dan minyak untuk meringankan beban mereka.

Selain dari itu, InsyaAllah, usaha baik pulih rumah dan infrastruktur kecil di bawah pakej PERMAI dengan peruntukan RM200 juta akan membantu mereka yang terkesan. Terima kasih sekali lagi kepada Kerajaan Negeri dan para sukarelawan  yang turun padang membantu mereka dalam situasi yang sukar ini.