#Konsultasi Belanjawan 2021 Bersama IKP

Video sorotan Konsultasi Belanjawan 2021 YB Tengku Dato' Sri Zafrul Aziz, Menteri Kewangan bersama Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) di Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB).

Antara perkara penting yang difokuskan adalah cadangan dan maklum balas bagi memakmurkan Malaysia melalui projek pembangunan yang akan memberi impak penambah nilai kepada ekonomi negara.

IKP boleh meningkatkan kemampuan ekosistem sebagai salah satu penggerak ekonomi. Salah satu aspek utama ialah melalui usaha pendigitalan dan pembangunan modal insan bagi menambahbaik pencapaian perkhidmatan masing-masing.