Sesi Konsultasi Belanjawan 2021 – Johor

Sesi Konsultasi Belanjawan 2021 YB Tengku Dato' Sri Zafrul Aziz, Menteri Kewangan di Johor bersama #TeamMOF.

Di sana, mereka telah menghadiri Townhall YAB Perdana Menteri bersama Penjawat Awam, dan mengadakan sesi dialog bersama peniaga PKS wanita dan wakil-wakil industri pendidikan. Input yang dikumpul akan dipertimbangkan untuk Belanjawan 2021.

Beliau juga telah mengadakan lawatan ke BioCon Malaysia bersama YB Dato's Sri Dr Adham Baba, Menteri kesihatan untuk sesi dialog bersama wakil-wakil industri farmaseutikal.