Sesi #TinjauMOF ke Jempol & Kuala Pilah Negeri Sembilan

Ikuti video yang merakamkan perjalanan YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan ke daerah Jempol dan Kuala Pilah. Bermula dari perusahaan desa seperti kuih kapit berinti, beralih ke hasil alam seperti madu kelulut dan sayuran hidroponik. Usaha merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat desa turut jadi tumpuan. Beliau juga terharu dengan sambutan mesra dari komuniti Orang Asal Kg Panchor dan penduduk Felda Palong 16.