Usaha Kerajaan Dalam Mengekalkan Dan Mewujudkan Peluang Pekerjaan Baru Untuk Rakyat

Bagi tahun 2020 dan 2021, Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif penjanaan & pengekalan pekerjaan bagi mengurangkan impak pandemik COVID-19 ke atas punca rezeki rakyat. Antara inisiatif tersebut adalah Program Subsidi Upah, Penjana Kerjaya, Malaysia’s Short Term Employment Programme (MySTEP) dan lain-lain lagi. Usaha Kerajaan ini juga disokong oleh pelbagai pihak seperti agensi-agensi Kerajaan, sektor-sektor swasta dan rakan pelaburan untuk mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan peningkatan kemahiran buat rakyat Malaysia.⠀

Kerajaan, melalui Majlis Pekerjaan Negara (NEC), akan terus meningkatkan usaha bagi merancakkan lagi penciptaan peluang pekerjaan dan terus bersifat telus dalam melaporkan status terkini insiatif-inisiatif Kerajaan kepada rakyat. Ikuti perkongsian YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan berkenaan status terkini pengambilan pekerja di bawah inisiatif-inisiatif Kerajaan.

Ingin ketahui lebih lanjut mengenai beberapa insiatif dan platform peluang pekerjaan? Sila rujuk pautan di bawah:

PenjanaKerjaya2.0 dan KerjayaUp di MyFutureJobs: https://www.myfuturejobs.gov.my/news-events/

MySTEP: http://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/mystep

HRDF Placement Centre: https://hpc.hrdcorp.gov.my/

MyDigitalWorkforce Work in Tech (MYWiT): https://mdec.my/mywit⠀ ⠀

Kementerian Belia & Sukan: http://perantisan.kbs.gov.my/kriteria.php⠀ ⠀

IRDA @ IMEG: http://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/imeg or http://iskandarmalaysia.com.my/imeg/⠀⠀

JomKerja@NCER: https://www.ncer.com.my/about-ncer/jomkerja_jomniaga⠀ ⠀⠀⠀⠀

Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur: https://www.ecerdc.com.my/penjana/