Bahagian Antarabangsa (INT)

Visi

Menjadi pakar rujuk bagi isu dan hubungan antarabangsa di bawah seliaan Kementerian Kewangan.

Misi

Mempertingkat kerjasama antarabangsa secara cekap dan berkesan bagi memastikan kepentingan negara sentiasa terpelihara.

Objektif

Memastikan pendirian Kementerian Kewangan di peringkat antarabangsa adalah sejajar dengan dasar-dasar semasa Kerajaan.

Fungsi

Merangka strategi dan mengatur penglibatan dalam semua perkara dua hala dan pelbagai hala di bawah seliaan Kementerian Kewangan.

Sektor Multilateral dan Kerjasama Serantau

Merangka strategi dan mengatur penglibatan dalam semua forum pelbagai hala dan serantau.

  1. Seksyen Multilateral
    Mewakili Malaysia dalam mesyuarat, sesi dialog dan forum yang dianjurkan oleh pertubuhan antarabangsa termasuk Bank Dunia (WB), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Bank Pembangunan Islam (IDB).
  2. Seksyen Kerjasama Serantau
    Mewakili Malaysia dalam mesyuarat, sesi dialog dan forum yang dianjurkan oleh pertubuhan serantau termasuk Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara + Republik Rakyat China, Jepun dan Republik Korea (ASEAN + 3), Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) dan Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM).

Sektor Penyelidikan dan Perundingan

Merangka strategi dan mengatur penglibatan dalam rundingan termasuk Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan menjalankan kajian/penyelidikan.

  1. Seksyen Penyelidikan
    Membangunkan dan melaksanakan strategi untuk penyelidikan dan pemantauan perkembangan ekonomi dan kewangan antarabangsa serta menyediakan analisis.
  2. Seksyen Perundingan
    Mewakili Kementerian Kewangan dalam rundingan termasuk rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).