Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan (RPM)

Visi

Pemacu Dasar Saraan dan pendukung perkhidmatan pengurusan yang unggul.

Misi

Memperkasa Dasar Saraan Kerajaan dan mengurus tadbir pengurusan kewangan, sumber manusia, pembangunan dan khidmat sokongan Kementerian Kewangan ke arah penyampaian perkhidmatan yang cemerlang.

Objektif

  1. Menggubal mengawalselia dan mengurus dasar saraan dan kemudahan YDP Agong, Raja-Raja/, YDP Negeri, anggota legislatif, eksekutif dan kehakiman; dan anggota keselamatan selaras dengan peraturan yang ditetapkan.
  2. Mengurus dan mengawalselia pengurusan kewangan yang dinamik dengan berhemat, cekap, sistematik dan berintegriti.
  3. Mengkaji, merancang dan mengurus pembangunan organisasi dan pengurusan sumber manusia dengan cekap selaras dengan peraturan perkhidmatan awam yang ditetapkan.
  4. Merancang, menyelaras dan memantau peruntukan pembangunan dengan cekap dan berkesan bagi memastikan projek berjaya disiapkan mengikut tempoh, kos dan kualiti yang ditetapkan.
  5. Mengurus dan melaksanakan urusan pentadbiran, khidmat sokongan, keselamatan perlindungan dan pengurusan rekod secara mampan bagi mencapai kepuasan yang optimum kepada warga Perbendaharaan.

Fungsi

  1. Memberi khidmat nasihat dan menguruskan fungsi-fungsi serta aktiviti-aktiviti saraan.
  2. Memberi khidmat nasihat dan menguruskan aktivit-aktiviti kewangan.
  3. Memberi khidmat nasihat dan menguruskan aktivit-aktiviti sumber manusia Perbendaharaan.
  4. Mengurus hal-hal pembangunan Kementerian Kewangan.