Pejabat Belanjawan Negara (NBO)

Visi

Mewujudkan satu sistem belanjawan yang cekap dan berkesan bagi memenuhi keperluan ekonomi negara.

Misi

Menentukan agensi-agensi Kerajaan diberi peruntukan kewangan yang sewajarnya melalui pemeriksaan perbelanjaan mengurus dan pembangunan selaras dengan dasar negara.

Objektif

Memastikan pengagihan dan penggunaan peruntukan kewangan kepada semua agensi secara teratur, cekap dan berkesan selaras dengan dasar-dasar Negara.

Fungsi

  1. Menentukan pengagihan sumber kewangan Kerajaan dibuat dengan sewajarnya selaras dengan dasar dan objektif negara.
  2. Mengawal peruntukan supaya ia dibelanjakan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi untuk tujuan yang ditentukan dengan cekap dan berkesan; dan
  3. Menguruskan pemberian kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan-Kerajaan Tempatan selaras dengan apa yang ditentukan oleh Perlembangaan Persekutuan, keputusan-keputusan Majlis Kewangan Negara (MKN) dan Kabinet.