Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit (PPK)

Visi

Visi Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit adalah untuk memastikan pendaftaran, pengurusan dan kawalselia ke atas agensi pelaporan kredit dijalankan secara adil, telus, efektif dan cekap.

Misi

Misi Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit adalah untuk menjadi sebuah organisasi terbilang yang berprestasi tinggi, dinamik, cekap dan bertanggungjawab dalam mewujudkan sektor pelaporan kredit yang berdaya saing, berintegriti dan kompettitif sejajar dengan arus globalisasi dunia.

Objektif

  1. Menyedia Daftar (Registry) Agensi Pelaporan Kredit di Malaysia.
  2. Memastikan semua pihak yang terlibat mematuhi peruntukan Akta 710 dan garis panduan yang ditetapkan Pendaftar.
  3. Membangunkan industri pelaporan kredit nasional bertaraf dunia.
  4. Memelihara hak semua stakeholder di bawah Akta 710.

Fungsi

  1. Melaksana dan menguatkuasakan Akta 710 termasuk perumusan dasar dan tatacara pengendalian.
  2. Menasihati Menteri mengenai perkara berhubung pentadbiran Akta 710.
  3. Memajukan kesedaran dan penyebaran maklumat kepada orang awam berhubung pelaksanaan Akta 710.
  4. Memantau dan mengawal selia agensi pelaporan kredit.
  5. Menggalak dan memajukan pembangunan industri pelaporan kredit dengan teratur.
  6. Mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi agensi menjalankan aktivitinya.