Pejabat Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP)

Visi

Menjadikan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP) sebagai tribunal rayuan yang berwibawa dan dihormati bagi membicarakan dan memutuskan rayuan pembayar cukai pendapatan menurut peruntukkan Akta Cukai Pendapatan 1967.

Misi

Menjalankan tugas membicarakan dan memutuskan rayuan-rayuan mengikut Keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-Undang.

Objektif

Membicara dan memutuskan persoalan fakta dan undang-undang berhubung rayuan ke atas cukai pendapatan oleh pembayar cukai mengikut keadilan undang-undang di bawah:

  1. Akta Cukai Pendapatan 1967;
  2. Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976; 
  3. Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967; dan
  4. Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990.

Fungsi

Membicara dan memutuskan kes-kes rayuan cukai pendapatan yang difailkan oleh pembayar cukai terhadap taksiran Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri menurut peruntukan undang-undang dengan adil dan saksama.