Bahagian Pengurusan Aset Awam (PAM)

Visi

Peneraju unggul pengurusan aset awam negara.

Misi

Merancang, memantau serta memastikan pematuhan dasar pengurusan aset, wang awam dan kemudahan kenderaan jawatan dan jabatan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

Objektif

  1. Memastikan dasar dan peraturan berkaitan pengurusan aset dan wang awam sentiasa relevan.
  2. Memastikan monetisasi aset tanah, bangunan dan fasiliti Kerajaan Persekutuan secara outright bagi menjana pendapatan negara.
  3. Memastikan Kementerian dan Jabatan Kerajaan menguruskan aset dan wang awam dengan berhemat dan teratur.
  4. Memastikan aktiviti gaming berlesen dijalankan dengan terkawal dan mengikut peraturan yang ditetapkan.
  5. Memastikan pengurusan kemudahan Kenderaan Jawatan dan Jabatan Kerajaan dilaksanakan secara cekap dan sistematik.

Fungsi

  1. Perancangan dan pengurusan dasar aset Kerajaan.
  2. Perancangan dan pelaksanaan monetisasi aset tanah, bangunan dan fasiliti Kerajaan Persekutuan secara outright.
  3. Penyediaan dasar, kawalan dan seliaan pengurusan wang awam berkaitan akaun amanah, hapus kira, pendahuluan diri dan pelbagai, pampasan, pulangan balik hasil, penentuan kadar perbelanjaan bukan penjawat awam dan aktiviti gaming berlesen.
  4. Pengurusan Kenderaan Rasmi Jawatan dan Jabatan Kerajaan.