Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun (SBM)

Visi

Menjadi sebuah badan kawal selia pengurusan kewangan badan berkanun yang efektif.

Misi

Memastikan badan berkanun mengamalkan tadbir urus kewangan yang baik dan mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan.

Objektif

  1. Melaksanakan fungsi agensi pusat bagi badan berkanun dalam urusan mendapatkan kelulusan bagi perkara-perkara di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan;
  2. Memantau dan melaporkan prestasi kewangan badan berkanun;
  3. Menyediakan pekeliling/ peraturan/ garis panduan berkaitan pengurusan kewangan untuk diterimapakai oleh badan berkanun; dan
  4. Memastikan tadbir urus badan berkanun yang baik serta memastikan keberkesanan Lembaga Pengarah melalui wakil Kementerian Kewangan di dalam badan berkanun.

Fungsi

Seksyen Dasar, Kewangan, Kemudahan Awam dan Pertahanan
  1. Menganalisis dan menyemak perkara-perkara berkaitan dasar dan peraturan berhubung pengurusan Badan Berkanun Persekutuan (BBP).
  2. Merangka dasar dan hala tuju strategik pengurusan BBP.
  3. Menyelaras maklum balas dan ulasan Kementerian Kewangan terhadap isu berkaitan BBP.
  4. Menyediakan Memorandum Jemaah Menteri mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan bagi BBP di bawah Kementerian Kewangan.
  5. Menganalisis aliran tunai BBP bagi tujuan kelulusan penyaluran geran mengurus dan pembangunan.
  6. Menyediakan perakuan bagi permohonan pelaburan, pinjaman, dan penubuhan syarikat BBP selaras dengan Akta Tubuh masing-masing dan Akta Badan Berkanun (Kuasa Meminjam) 1999 [Akta 598].
  7. Menyediakan perakuan bagi permohonan pinjaman, pelaburan, penubuhan syarikat dan pelupusan aset bagi Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri (PKPN) selaras dengan Akta Perbadanan (Kekompetenan Badan Perundangan Negeri) 1962 [Akta 380].