Bahagian Perolehan Kerajaan (GPD)

Visi

Peneraju perolehan Kerajaan yang dinamik, adil dan saksama serta berintegriti ke arah mencapai tadbir urus terbaik.

Misi

Mengawal selia perbelanjaan wang awam secara profesional dan telus melalui kerjasama dengan stakeholders dalam menggubal dasar perolehan Kerajaan yang strategik dan memberikan nilai faedah yang terbaik.

Objektif

Memastikan semua perolehan Kerajaan diurus berlandaskan dasar dan prinsip perolehan Kerajaan bagi menjamin perolehan yang terbaik dan berkesan.