Tribunal Rayuan Kastam (TRK)

Visi

Menjadi tribunal rayuan yang dinamik dalam penyelesaian pertikaian perkastaman.

Misi

Mendaftar, mendengar dan memutuskan rayuan secara adil, telus dan cepat.

Objektif

  1. Memperuntukkan satu sistem rayuan yang adil, telus dan cepat kepada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Ketua Pengarah Kastam.
  2. Meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran rayuan pencukaian supaya lebih mesra niaga dan pelanggan.

Fungsi

  1. Mendaftar, mendengar dan memutuskan rayuan yang difailkan.
  2. Membantu pihak-pihak berunding penyelesaian rayuan dengan persetujuan bersama
  3. Bertindak sebagai badan kehakiman bebas.
  4. Keputusan Tribunal disifatkan sebagai perintah Mahkamah Sesyen dan boleh dikuatkuasakan sewajarnya.
  5. Keputusan Tribunal adalah muktamad dan mengikat semua pihak.