Bahagian Undang-Undang (BUU)

Visi

Mendukung Kedaulatan Undang-Undang dalam melaksanakan Polisi Kewangan Negara.

Misi

Memastikan nasihat undang-undang dan khidmat perundangan yang diberikan adalah selaras dengan Dasar Kewangan Negara yang bertunjangkan Perlembagaan dan Undang-Undang Negara serta prinsip undang-undang.

Objektif

Memberi nasihat perundangan kepada Kementerian Kewangan, Jabatan-Jabatan dan Agensi-Agensi di bawah Kementerian Kewangan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara dengan mengambil kira dasar Kerajaan dan kepentingan awam.

Fungsi

  1. Memberi nasihat perundingan kepada semua Bahagian di Perbendaharaan, Jabatan-jabatan dan agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan.
  2. Menggubal dan menyemak undang-undang, peraturan-peraturan, kaedah-kaedah dan dokumen perundangan lain yang melibatkan Kementerian Kewangan.
  3. Menggubal dan menyemak dokumen perjanjian dan kontrak termasuk mengambil bahagian dalam rundingan kontrak.
  4. Menyertai rundingan-rundingan perjanjian yang melibatkan Kementerian Kewangan di peringkat domestik dan antarabangsa seperti projek penswastaan, perjanjian percukaian dua kali dan perjanjian perdagangan bebas.