Perspektif Sejarah

  1. Dalam abad 19 dan 20 di bawah Sistem Residensi, Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah diurus dan ditadbir dengan sistem beraja.
  2. Setiap negeri mempunyai undang-undang dan kawalan kewangan tersendiri.
  3. Residen berperanan sebagai Penasihat.
  4. Urusan mengutip, mengurus dan mengawal sistem kewangan dikendalikan oleh Bendahara.
  5. Penguasa tempatan, Penghulu dan Ketua Kampung ditugaskan mengutip cukai.
  6. Semua permohonan Belanjawan akan dihantar kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat oleh Residen untuk persetujuan.
  7. Laporan Belanjawan dihantar ke Pejabat Crown Colony di India.
  8. Setelah Pejabat Crown Colony berpindah ke Ibu Pejabat di London pada tahun 1897, semua kunci kira-kira Negeri Bersekutu, dihantar ke London untuk dicetak dan dibentangkan dalam laporan tahunan kewangan di Parlimen Britain.
  9. Penghujung abad ke 19, Jajahan Melayu memasuki era ekonomi moden.
  10. Pentadbiran British mula dilihat tidak cekap dan menguntungkan.
  11. Persetujuan Majlis Persekutuan ditandatangani pada 25 Oktober 1909 membolehkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu seperti negeri Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan ditubuhkan dan diurus tadbir secara berpusat.
  12. Majlis Persekutuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada ahli-ahli lembaga seperti:
    1. Pesuruhjaya Tinggi British (Presiden Majlis)
    2. Residen General (Presiden Gantian)
    3. Empat (4) Raja-raja Melayu dan Penasihat Inggeris
    4. Empat (4) ahli-ahli tidak rasmi yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British
  13. Pesuruhjaya Kewangan pertama ialah Henry George Bagnall Vane yang dilantik pada tahun 1909 sehingga 1915.
Image
Image
Image

Perkembangan Perbendaharaan Malaysia Tahun 1950 – Kini

  1. Pada tahun 1951, Pekeliling Perbendaharaan 15 Tahun 1951 telah dikeluarkan bagi menggaris penubuhan Perbendaharaan Persekutuan.
  2. Perbendaharaan Persekutuan ditubuhkan bagi menyelaras pentadbiran kewangan secara berpusat di semua negeri.
  3. Pekeliling turut menjelaskan peranan dan tanggungjawab Perbendaharaan Persekutuan dan Setiausaha Perbendaharaan yang diberi kuasa mengawal selia dan mengurus kutipan hasil dan perbelanjaan Kerajaan.
  4. Kini, Pebendaharaan Malaysia menjadi agensi pusat kerajaan yang kekal dengan fungsinya iaitu mengurus dan pembangunan ekonomi negara.
  5. Mandat dilaksanakan bersama Jabatan Perdana Menteri khususnya Unit Perancang Ekonomi dan lain-lain Kementerian termasuk Bank Negara.
  6. Hubungan kerjasama ini membantu Kerajaan dalam menstrukturkan ekonomi negara yang sentiasa dipengaruhi oleh kedudukan kewangan antarabangsa.
Image
Mantan

Menteri Kewangan Malaysia

Mantan

Ketua Setiausaha Perbendaharaan