Malam Apresiasi Belanjawan 2019

Malam Apresiasi Belanjawan 2019 bersama Menteri Kewangan Malaysia, YB Lim Guan Eng telah diadakan di Dewan Utama, Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya.
Majlis yang bertemakan Black & Gold ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang proses penyediaan Belanjawan 2019 sehingga pembentangan selesai dilaksanakan pada 2 November 2018 yang lalu.
Turut hadir Ketua Setiausaha Perbendaharaan YBhg. Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir , Setiausaha Dewan Rakyat, YBhg. Datuk Roosme Hamzah dan pengurusan tertinggi Kementerian Kewangan Malaysia dan Agensi. Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada Bintang Kementerian Kewangan dan penyanyi jemputan Syafiq Farhain.


1 / 11
2 / 11
3 / 11
4 / 11
5 / 11
6 / 11
7 / 11
8 / 11
9 / 11
10 / 11
11 / 11