22 Januari 2019
Majlis Perasmian Econometrics Week 2019 oleh YBhg. Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Datuk Siti Zauyah binti Md Desa di Kementerian Kewangan Malaysia. Econometrics Week 2019 diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada pegawai Perbendaharaan berkenaan kaedah analisis trend dan prestasi ekonomi, sekaligus menyokong objektif Perbendaharaan untuk menggubal dan melaksanakan dasar fiskal dan kewangan yang berkesan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.