01 April 2020
YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah membuat tinjauan ke Hasil Network Alert Center (HNAC) di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk memantau pelaksanaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Turut serta YB Timbalan Menteri Kewangan II, Tuan Mohd Shahar Abdullah, YBhg. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir dan YBhg. Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Sri Dr. Sabin Samitah.
YB Menteri Kewangan telah ambil maklum berkenaan isu tidak dapat mengakses laman web LHDNM ekoran bilangan kunjungan yang tinggi. LHDNM telah memberi jaminan untuk meningkatkan kapasiti laman web mereka. Untuk makluman, penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) sedia ada dan mereka yang telah dulu berdaftar dengan LHDNM tidak perlu membuat pendaftaran semula.
Pasukan Kementerian Kewangan (MOF) akan sentiasa memantau pelaksanaan Pakej PRIHATIN.