PERBINCANGAN BERSAMA YAB MENTERI BESAR PERAK

20 April 2020

YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan perbincangan bersama YAB Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Menteri Besar Perak di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia. Perbincangan bertumpu kepada agenda untuk memerangi COVID-19, memastikan bantuan PRIHATIN rakyat dilaksanakan dengan baik dan memperkasa aktiviti ekonomi domestik di negeri Perak ke tahap yang lebih kompetitif selepas tamat tempoh PKP. Perak muncul negeri teratas dalam senarai negeri-negeri yang mencatatkan perkembangan terbaik dalam memerangi penularan pandemik COVID-19. Perak juga adalah salah satu daripada enam negeri yang bebas daripada klasifikasi zon merah bagi kes aktif, susulan penurunan jumlah kes jangkitan baharu.


1 /
2 /