23 April 2020
YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan perbincangan bersama YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia.
Perbincangan bertumpu kepada pelan menjana ekonomi Negeri Selangor pasca Covid-19. Kerajaan Negeri Selangor sedang merangka pelan rangsangan ekonomi pasca Covid-19 bagi membantu rakyat dan memastikan pertumbuhan ekonomi stabil. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan sentiasa bekerjasama bagi memastikan rakyat menerima manfaat dan bersedia mengharungi kedudukan ekonomi yang getir akibat Covid-19.