PERBINCANGAN DENGAN MAJLIS PERUNDINGAN MELAYU (MPM)

07 April 2020

YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan perbincangan dengan Majlis Perundingan Melayu (MPM) mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN dan Pakej Rangsangan Ekonomi PKS (Tambahan) yang telah diumumkan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia pada 6 April 2020. Pakej PRIHATIN dan PRIHATIN PKS (Tambahan) disambut dengan baik, terutamanya bantuan untuk golongan peniaga mikro dan PKS. Isu utama ialah untuk memastikan rakyat dan peniaga mendapat bantuan dengan cepat. Pelaksanaan akan sentiasa dipantau dengan teliti melalui unit LAKSANA di Kementerian Kewangan Malaysia. Mesyuarat juga telah membincangkan isu-isu sektor pendidikan, perumahan, industri kreatif, dan beberapa lagi.


1 / 5
2 / 5
3 / 5
4 / 5
5 / 5