MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN 6 UNIT DRON OLEH KWAP KEPADA PDRM

23 April 2020

YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menyaksikan Majlis Penyerahan Sumbangan 6 Unit Dron oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertempat di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia. Sumbangan ini bertujuan untuk membantu pelaksanaan aktiviti pengawasan PDRM sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan seterusnya untuk kerja-kerja pengawasan dan pemantauan di masa hadapan. Hadir sama pada sesi penyerahan sumbangan tersebut adalah YDH. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador, Ketua Polis Negara, YBhg. Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan YBhg. Tuan Syed Hamadah Syed Othman, Ketua Pegawai Eksekutif, KWAP. Turut hadir ialah Encik Kamarul A Muhamed, Ketua Pegawai Eksekutif, Aerodyne Group yang akan melatih anggota-anggota PDRM di dalam penggunaan 6 unit dron tersebut. Kementerian Kewangan merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbangan yang sangat bermakna dalam membantu barisan hadapan menjalankan tugas bagi menangani wabak Covid-19 di negara ini.


1 / 4
2 / 4
3 / 4
4 / 4