18 April 2020
YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menyaksikan penyerahan sebanyak 100,000 keping topeng muka sumbangan Kuok Foundation, 10,000 unit peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan 34,000 keping topeng muka sumbangan Yinson Holding Berhad, 10,000 keping topeng muka dan 200 unit pensanitasi tangan atau hand sanitizer sumbangan China Communications Construction (ECRL) Sdn. Bhd. kepada Bulan Sabit Merah Malaysia untuk kegunaan petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan.
Sumbangan ini adalah hasil kempen #responsMalaysia yang dikelolakan Bulan Sabit Merah Malaysia dengan sokongan Kementerian Kewangan.
Hadir sama pada sesi penyerahan sumbangan tersebut adalah Encik Ng Teck Seng, Pengurus Besar Kuok Foundation, Encik CY Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yinson Holding Berhad, Encik Bai Yin Zhan, Pengarah Urusan China Communications Construction (ECRL) Sdn. Bhd., Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Kewangan Malaysia.
Kementerian Kewangan merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbangan yang sangat bermakna dalam membantu menangani wabak Covid-19 di negara ini.