17 April 2020
YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kuala Lumpur.
Beliau telah diberi taklimat khas oleh Tunku Alizakri Alias, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP dan pengurusan tertinggi KWSP serta dibawa melawat ke sekitar pejabat.
Beliau juga berpeluang mendapatkan maklumat terperinci berkenaan pengeluaran i-Lestari yang sudah dimohon rakyat Malaysia. Permohonan pengeluaran yang telah diluluskan akan dibayar bermula bulan Mei 2020