04 April 2020
YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menyaksikan penyerahan sebanyak 20,000 keping topeng muka dan 10 ventilator sumbangan China Construction Bank (Malaysia) dan Beibu Gulf Holding Malaysia untuk kegunaan petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan.
Sumbangan ini adalah hasil kempen #responsMalaysia yang dikelolakan Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM) dengan sokongan Kementerian Kewangan.
Hadir sama pada sesi penyerahan sumbangan tersebut TYT Bai Tian, Duta China ke Malaysia, Encik Felix Feng Qi, Ketua Pegawai Eksekutif China Construction Bank (Malaysia), Encik Lu Yong, Ketua Beibu Gulf Holding Malaysia, Dr. S Selva Jothi, Naib Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir.
Kementerian Kewangan merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbangan yang sangat bermakna dalam membantu menangani wabak Covid-19 di negara ini.
Maklumat lanjut: www.responsmalaysia.com