PERSARAAN YBHG KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN

30 April 2020

YBhg. Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan secara rasmi telah meninggalkan pejabat beliau di Kementerian Kewangan Malaysia buat kali terakhir setelah berkhidmat dengan Kementerian Kewangan Malaysia selama hampir 31 tahun. Selepas Mesyuarat Pasca Kabinet, Pengurusan Tertinggi Kementerian Kewangan telah mengucapkan selamat maju jaya kepada YBhg. Tan Sri di atas sumbangan beliau yang telah begitu lama menabur bakti. Beliau telah menyerahkan secara rasmi tugasannya kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang baharu dilantik, YBhg. Dato’ Asri Hamidon disaksikan oleh YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan, YB Datuk Abd. Rahim bin Bakri, Timbalan Menteri Kewangan I dan YB Tuan Mohd Shahar bin Abdullah, Timbalan Menteri II serta pegawai pengurusan tertinggi yang lain.


1 / 4
2 / 4
3 / 4
4 / 4