19 Februari 2020
Majlis Penutup bagi IMF Jabatan Hal Ehwal Fiskal-Malaysia: Pembangunan Undang-Undang Tanggungjawab Fiskal anjuran Pejabat Fiskal, Kementerian Kewangan telah diadakan di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia.
Undang-undang Tanggungjawab Fiskal (FRL) merupakan dokumen perundangan yang merangkumi standard, peraturan dan prosedur berkaitan pengurusan fiskal dan belanjawan bertujuan mengukuhkan kewangan awam bagi memastikan kemampanan fiskal jangka masa sederhana dan panjang.