12 – 13 Februari 2020
Seksyen Koordinasi Audit Dalam dan Perakaunan, Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi (BSKK) bersama Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan Bahagian Perolehan Kerajaan Kementerian Kewangan Malaysia telah menganjurkan Kursus Aset Tak Ketara, Aset Pertanian dan Hartanah Pelaburan & Kursus Sistem e-Perolehan dan MyGPIS di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia.
Kursus yang dihadiri oleh 197 orang peserta yang terdiri daripada pegawai Unit Audit Dalam Kementerian dan Jabatan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pegawai Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan Bahagian Perolehan Kerajaan tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Ahmad Suhaimi Endut, Setiausaha Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi (SBSKK).