MAJLIS PELUASAN SKIM PERLINDUNGAN MASYARAKAT mySALAM

11 Februari 2020

YB Menteri Kewangan, Tuan Lim Guan Eng bersama YB Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad telah menghadiri Majlis Peluasan Skim Perlindungan Masyarakat mySalam bertempat di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia. Skim mySalam merupakan sebuah skim perlindungan kesihatan takaful percuma. Seperti yang diumumkan semasa Belanjawan 2020, mulai 1 Januari 2020, Kerajaan Persekutuan akan memperluaskan skim mySalam untuk meliputi kenaikan had umur dari 55 ke 65 tahun untuk penerima BSH serta pasangan mereka,penerima BSH individu bujang dan individu OKU dan perluasan perlindungan penyakit kritikal kepada 45 penyakit termasuk polio berbanding dengan 36 penyakit kritikal sedia ada. Kerajaan juga telah memanjangkan perlindungan Skim ini kepada individu yang mempunyai pendapatan kasar tahunan tidak lebih daripada RM100 ribu. Perlindungan ini akan merangkumi faedah bayaran penyakit kritikal “one-off” sebanyak RM4 ribu dan bayaran pendapatan gantian elaun hospitalisasi sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari apabila dimasukkan ke Hospital Kerajaan, Hospital Perubatan Universiti, dan Hospital Angkatan Tentera. Kerajaan menjangka bahawa perluasan Skim ini akan membawa manfaat kepada 8 juta individu bagi tahun 2020. Turut hadir YB Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Wira Haji Amiruddin Haji Hamzah, YB Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye dan YBhg. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir.


1 / 6
2 / 6
3 / 6
4 / 6
5 / 6
6 / 6