6 Februari 2020
YB Menteri Kewangan,Tuan Lim Guan Eng dan YB Menteri Kerja Raya, Tuan Baru Bian telah menyaksikan Majlis Menandatangani Project Funding Agreement Yang Baharu Bagi Projek Lebuhraya Pan-Borneo Sarawak di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 April 2019 telah bersetuju supaya Kerajaan menamatkan perjanjian project delivery partner (PDP) bagi projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak kerana projek melalui pendekatan PDP dilihat melibatkan implikasi kewangan yang tinggi kepada Kerajaan.
Dengan penamatan perjanjian PDP, implikasi kewangan keseluruhan untuk pelaksanaan projek telah dapat dikurangkan dengan penjimatan sebanyak RM3.1 bilion iaitu 14% daripada anggaran implikasi kewangan sebelum penamatan perjanjian PDP.
Turut hadir bersama di majlis tersebut adalah YB Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Wira Haji Amiruddin Haji Hamzah dan YBhg. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir.