9 - 11 Februari 2020
Seksyen Parlimen dan Kabinet, Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi (BSKK) telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Rang Undang-Undang dan Pengukuhan Tadbir Urus Parlimen pada 9 hingga 11 Februari 2020 bertempat di Bayou Lagoon Park Resort, Melaka. YB Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Wira Haji Amiruddin Haji Hamzah telah merasmikan bengkel tersebut dan turut dihadiri YBrs. Encik Ahmad Suhaimi Endut, Setiausaha Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi (SBSKK).