SIDANG MEDIA BERKENAAN PENURUNAN HARGA RUNCIT PRODUK PETROLEUM BAGI TEMPOH 8 FEBRUARI 2020 HINGGA 14 FEBRUARI 2020

07 Januari 2020

YB Menteri Kewangan, Tuan Lim Guan Eng dan YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah mengadakan sidang media berkenaan Penurunan HHarga Runcit Produk Petroleum bagi tempoh 8 Februari 2020 hingga 14 Februari 2020 di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia. Harga runcit petrol RON95 turun sebanyak empat sen seliter kepada RM2.04, RON97 turun tujuh sen seliter kepada RM2.34 dan harga runcit diesel turun 10 sen kepada RM2.08 seliter. Harga RON95 sebanyak RM2.04 seliter dan diesel sebanyak RM2.08 seliter tersebut menunjukkan penurunan yang besar dari minggu lepas (1 Februari 2020 hingga 7 Februari 2020) bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada RM2.11 seliter (tetapi disekat pada had runcit RM2.08 seliter) dan diesel yang berada pada paras RM2.18 seliter. Kerajaan komited dengan dasar penstabilan harga runcit produk petroleum selaras dengan janji Manifesto Pakatan Harapan dan telah melaksanakan penetapan harga runcit secara mingguan dengan had harga tidak melebihi RM2.08 seliter untuk RON95 dan RM2.18 seliter untuk diesel.


1 / 4
2 / 4
3 / 4
4 / 4