15 Januari 2020
YB Menteri Kewangan, Tuan Lim Guan Eng telah menyerahkan cek peruntukan sebanyak RM100 juta kepada YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya.
Peruntukan sebanyak RM100 juta untuk tahun ini memaparkan komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan para pelajar menikmati persekitaran pembelajaran yang selamat dan selesa di sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan persendirian serta sekolah pondok yang berdaftar.
Peruntukan tersebut merupakan peningkatan sebanyak RM50 juta berbanding dengan peruntukan oleh Kerajaan terdahulu dalam Bajet 2018, yang tidak menyediakan peruntukan bagi sekolah agama rakyat dan sekolah pondok.
Turut hadir YB Timbalan Menteri Kewangan Dato' Wira Haji Amiruddin Haji Hamzah dan YBhg. Ketua Setiausaha Perbendaharaan,Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir.