30 Januari 2020
YB Menteri Kewangan, Tuan Lim Guan Eng telah memberi ucaptama sempena Majlis Persetujuan Bersama untuk Melanjutkan Kerjasama diantara Kerajaan Malaysia dan World Bank Group's GLobal Hub bagi tempoh 5 tahun bermula 2021 hingga 2025 di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia.
Kerjasama ini membolehkan pihak WBG dan Kerajaan Malaysia berkongsi pengalaman pembangunan dan inovasi polisi dengan beberapa negara yang membangun. Sejak dilancarkan pada Mac 2016, WBG Kuala Lumpur telah memperhebatkan kolaborasi dan usaha dengan Kerajaan kearah memperkuatkan peranan ekonomi Malaysia didalam pasaran global yang semakin berkembang pesat.
Sepanjang ia ditubuhkan, WBG Kuala Lumpur mempunyai 50 kakitangan dan hampir separuh daripada mereka adalah warganegara Malaysia. Ini menyumbang kepada pembangunan tenaga kerja dan meningkatkan tahap kemahiran mereka. Selain itu,mereka sering mengendalikan latihan kepada penjawat awam melalui "Public Sector Secondment Programme".