16 Januari 2020
YB Menteri Kewangan, Tuan Lim Guan Eng telah melakukan tinjauan sempena inisiatif Kerajaan melalui e-Tunai Rakyat di Medan Pasar@SS2, Petaling Jaya.
Inisiatif Kerajaan ini membolehkan setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun layak menerima RM30 melalui salah satu daripada tiga pengendali e-dompet yang terpilih, iaitu Grab, Boost dan Touch ‘n Go.
Menurut laporan terkini sambutan rakyat terhadap inisiatif Belanjawan 2020 ini adalah sangat memberangsangkan. Setakat pukul 9 semalam, kira-kira 380,000 permohonan e-Tunai Rakyat diterima dan kira-kira 320,000 daripadanya telah diluluskan. Angka ini dijangka akan bertambah, terutamanya apabila sistem e-dompet ini stabil.
Turut hadir bersama dalan tinjauan tersebut YBhg. Dato' Mohd Sayuthi bin Bakar, Datuk Bandar Petaling Jaya, YBhg. Dato' Asri bin Hamidon,Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YB Tuan Tony Pua Kiam Wee, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, YB Puan Jamaliah Binti Jamaluddin, Ahli Adun Bandar Utama, YB Tuan Rajiv a/l Rishyakaran, Ahli Adun Bukit Gasing dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Kewangan Malaysia.