TINJAUAN SEMPENA INISIATIF E-TUNAI RAKYAT – BAGAN AJAM, PULAU PINANG

18 Januari 2020

YB Menteri Kewangan, Tuan Lim Guan Eng telah melakukan tinjauan sempena inisiatif Kerajaan melalui e-Tunai Rakyat di Kompleks Tesco Bagan Ajam, Pulau Pinang. Pogram e-Tunai Rakyat adalah sebuah inisiatif Kerajaan dimana pihak Kerajaan memberikan RM30 wang percuma kepada sehingga 15 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun. Setakat 12.00 tengah hari pada tinjauan tersebut, sebanyak 1.72 juta tuntutan telah dibuat dan daripada jumlah tersebut, 1.43 juta permohonan telah diluluskan. Ini bermakna sebanyak RM39.6 juta telah diberi oleh Kerajaan kepada rakyat Malaysia yang layak menerima inisiatif e-Tunai Rakyat.


1 / 4
2 / 4
3 / 4
4 / 4