TINJAUAN SEMPENA INISIATIF e-TUNAI RAKYAT - IOI CITY MALL, PUTRAJAYA

22 Januari 2020

YB Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia petang semalam melakukan tinjauan sempena inisiatif Kerajaan melalui e-Tunai Rakyat di Pusat Beli-Belah IOI City Mall, Putrajaya. Setakat semalam , 4.8 juta tuntutan telah dibuat dan daripada jumlah tersebut, 3.5 juta permohonan telah diluluskan. Ini bermakna sebanyak RM105 juta telah diberi oleh Kerajaan kepada rakyat Malaysia yang layak menerima inisiatif e-Tunai Rakyat.


1 / 4
2 / 4
3 / 4
4 / 4