HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

09 Januari 2020

YB Menteri Kewangan, Tuan Lim Guan Eng telah menghadiri Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Wisma Kastam Diraja Malaysia, Kelana Jaya. Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menganjurkan program Hari Bertemu Pelanggan ini secara mingguan bermula hari ini pada setiap hari Khamis di pejabat JKDM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kompleks Kastam WPKL, No. 22, Jalan SS6/3, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Program ini bertujuan memberi peluang dan kemudahan kepada masyarakat yang mempunyai masalah atau aduan berkenaan dengan percukaian berkaitan dengan JKDM, khususnya komuniti perniagaan untuk bertemu terus dengan pegawai-pegawai kanan MOF dan JKDM bagi menyelesaikan isu dan permasalahan yang timbul dengan segera.


1 / 4
2 / 4
3 / 4
4 / 4