08 Januari 2020
YB Menteri Kewangan, Tuan Lim Guan Eng telah menghadiri Hari Bertemu Pelanggan LHDNM di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Program secara mingguan ini akan diadakan pada setiap hari Rabu bermula hari ini, 8 Januari 2020 bertempat di Kaunter Setempat Tingkat 1, Blok 8A, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur.
Program ini merupakan inisiatif bersama Kementerian Kewangan Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri atas keprihatinan untuk memudahkan urusan percukaian dan merupakan platform tambahan untuk menerima dan mendengar
segala masalah atau aduan berkaitan dengan isu-isu cukai langsung yang dihadapi oleh pembayar cukai.