MAJLIS PELANCARAN RASMI SKIM BARU OLEH SYARIKAT JAMINAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN BHD (SJPP)

21 Januari 2020

YB Menteri Kewangan, Tuan Lim Guan Eng telah menghadiri Majlis Pelancaran Rasmi Skim baru oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan BHD (SJPP) di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur. Sebanyak RM1.5 billion telah diperuntukkan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Skim ini akan membantu PKS mendapatkan akses kepada pembiayaan ini dan ini menggalakkan bank untuk turut berkongsi risiko. Skim jaminan oleh SJPP itu diwujudkan berdasarkan sumbangan PKS yang besar terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).


1 / 5
2 / 5
3 / 5
4 / 5
5 / 5