15 Januari 2020
YB Timbalan Menteri Kewangan Dato' Wira Haji Amiruddin Haji Hamzah telah mengadakan lawatan ke Menara UEM, Kuala Lumpur.
Beliau beserta pegawai Kementerian Kewangan Malaysia menghadiri Taklimat dan demonstrasi aplikasi "Command & Centre" UEM Edgenta.
UEM Edgenta menggunakan "Artificial Intelligence" dalam memantau status dan prestasi sesuatu kerja yang mana hasilnya dipaparkan di dalam skrin paparan secara langsung.
Sistem ini dapat meningkatkan produktiviti, mengurangkan penggunaan pekerja asing secara tak langsung mengurangkan pengaliran wang tunai ke luar negara, dan dengan ini dapat menaikkan gaji minimum pekerja tempatan.