MESYUARAT UNIT PELAKSANAAN DAN KOORDINASI STIMULUS EKONOMI ANTARA AGENSI NASIONAL (LAKSANA)

18 Mac 2020

YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mempengerusikan mesyuarat pertama yang memberi tumpuan kepada Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) yang baru dilancar tempoh hari. Jarak sosial di antara ahli mesyuarat (Social Distancing) telah diamalkan dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini bertujuan untuk mendapatkan idea, maklumbalas dan intipati penting daripada Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Institusi Kewangan dalam melaksanakan langkah-langkah dalam Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE2020) kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) dan rakyat Malaysia pelbagai peringkat. Kementerian Kewangan sentiasa fokus dalam memastikan semua langkah-langkah dalam pakej tersebut bersasar dan sekaligus membantu ekonomi negara terutama Rakyat Malaysia segenap lapisan kembali ke landasan yang mampan.


1 / 7
2 / 7
3 / 7
4 / 7
5 / 7
6 / 7
7 / 7