HARI PERTAMA YB MENTERI KEWANGAN

10 Mac 2020

YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah merakam waktu masuk untuk kali pertama sebagai Menteri Kewangan di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia pada jam 6.07 petang sebaik sahaja selesai istiadat mengangkat sumpah jawatan menteri Kabinet baharu yang berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati, Putrajaya. Beliau telah diberi taklimat yang berkaitan dengan Kementerian Kewangan Malaysia selama kira-kira dua jam oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir dan pegawai-pegawai kanan Kementerian.


1 / 7
2 / 7
3 / 7
4 / 7
5 / 7
6 / 7
7 / 7