30 Mac 2020
YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan perjumpaan bersama beberapa persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mendengar pandangan mereka mengenai Pakej PRIHATIN dan bagi mengetahui lebih lanjut cabaran yang dihadapi mereka.
Turut bersama di dalam mesyuarat tersebut adalah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato’ Sri Mustapa Mohamed, YB Menteri Pengangkutan (MOT), Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, dan YB Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Lim Ban Hong.
Antara persatuan PKS yang hadir termasuk Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM); Persatuan Runcit Malaysia (MRA); Persatuan SME Malaysia dan Majlis Pengguna-pengguna Kapal Kebangsaan Malaysia (MNSC).