Laporan Kemajuan GEAR-uP 2026
GEAR-uP ialah Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (Government-Linked Enterprises Activation and Reform
Programme) yang dilancarkan pada Ogos 2024 untuk menggembleng kekuatan enam GLIC - KWSP, PNB, KWAP, Khazanah, Tabung Haji dan LTAT — serta rangkaian GLC mereka bagi memacu pertumbuhan dari dalam negara. Melalui komitmen RM120 bilion pelaburan langsung domestik bagi tempoh 2024–2028, GEAR-uP menggerakkan modal secara komersial ke sektor pertumbuhan tinggi dan nilai tinggi, sejajar dengan mandat fidusiari GLIC, sambil memperkukuh syarikat dan keupayaan tempatan serta memastikan manfaat pertumbuhan dirasai rakyat, selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI.


Dalam persekitaran global yang terus berubah, Ekonomi MADANI kekal sebagai kompas utama untuk Menaikkan Siling dan Menaikkan Lantai secara serentak. Kejayaan bukan sekadar pada jumlah pelaburan, tetapi pada hasil yang dibina dan impak yang dirasai rakyat. GLIC dan GLC akan terus menggerakkan modal dan melaksanakan komitmen bagi memastikan manfaatnya berkekalan.
Hak Cipta Terpelihara © 2026. Kementerian Kewangan